Kenapa SECRETLEAF?
Ia wujud atas keperluan utk membangunkan product nature dan organik sebagai alternatif kpd product yg berasaskan chemical dan sintetic.

Ia different sbb ia mmg lain dr yg lain… nature, chemical free, mesra wudhuk, reasonable prize, effective cure, long lasting, safe, terjamin halal, sesuai kulit Asia, R&D & kilang sndri, sumber material halal, etc

Apa yang sebenarnya mengenai produk kosmetik yang anda patut tahu !!!
Produk kosmetik lulus KKM?
Yang sebenarnya lulus itu bukan bermakna Agensi Pengawalan Phamaceutikal Kebangsaan menguji produk berkenaan sebelum mengeluarkan nombor NOT.

Produk kosmetik TIDAK MEMERLUKAN ujian makmal untuk mendapat nombor NOT, mengikut undang-undang negara ini.

No NOT hanya bermaksud pemakluman kepada kerajaan bahawa syarikat A yg menjual produk A di dalam pasaran.

Ianya hanya dengan mengisi borang online dan no NOT boleh didapati dalam 3 HARI bekerja.

BAGAIMANA SESUATU PRODUK DIKETAHUI ADA BAHAN TERLARANG?
Apabila memasuki pasaran, pihak berwajib ada membuat ujian rambang dan juga menerima komplern dari pengguna yang memerlukan penyiasatan.

Dari situ, produk diambil dan diuji di makmal pihak berwajib sebelum diumumkan pembatalan NOT apabila terbukti.

 

KENAPA PRODUK BERKENAAN MUNCUL BALIK?
Pembatalan NOT dibuat berdasarkan nama produk, bukan berdasarkan syarikat pemasar atau kilang.

Jika KRIM SUPER A yg dibatalkan oleh syarikat A, mengikut undang2 negara, syarikat A boleh memohon NOT utk KRIM SUPER B , dan 3 hari akan ada NOT baru. Nampak tak perbezaannya?

Bagaimana Pelindungan Pengguna?
Menurut pemahaman kami, pihak berwajib dalam usaha meningkatkan kelayakan kelulusan NOT ini. Di China, kelulusan produk kosmetik memerlukan ujian makmal dari makmal yg diiktiraf oleh kerajaan China sebelum mendapat kelulusan.

Sementara itu, bagi kami, pengguna harus membeli dari syarikat yang jujur, telus dan saksama.

Kenapa produk sedemikian (menggunakan bahan terlarang) mendapat sambutan?
Kerana penggunaan bahan terlarang akan membuatkan kulit anda nampak cantik (sementara) jika tubuh anda boleh menerimanya. Tetapi walaubagaimana sekalipun, sampai satu masa, anda terpaksa berhenti dan menerima hakikat, wajah anda telah rosak.

Natural dan Organik?
Ingin diingatkan kepada pengguna, TIDAK ADA undang-undang yang menyatakan jika anda ingin menggunakan perkataan Natural atau Organik pada produk, anda perlu melalui syarat-syarat tertentu.

Jangan mudah percaya kpd label di produk kerana sesiapa sahaja boleh meletakkan label natural atau organik kerana ia tidak menjadi kesalahan undang-undang di negara ini.

Menurut piawai industri, antara syaratnya ianya 96% bahan mestilah natural utk menggunalan label natural dan tidak boleh menggunakan bahan tertentu termasuk paraben.

Justeru, anda melihat produk yg menggunakan label natural tetapi di dalam kandungan ada paraben – kerana itu bukan kesalahan undang2 buat masa sekarang.

Jadilah pengguna yang bijak dan berilmu

Advertisements