Original artikel untuk harian Metro 2011 mengenai minyak Argan Secretleaf. Minyak Argan Secretleaf adalah 100% asli (tanpa campuran), hanya menggunakan certified organic, cold pressed dan halal.

Gambar versi asal 2010 Pure Oil Series 01 Argan Oil dan versi akan datang.

Produk Organik Semua-dalam- satu Untuk Kejelitaan Diri Menyeluruh

Tanpa kita sedari, proses pra-penuaan telah bermula seawal umur 20-an lagi akibat pendedahan terhadap pancaran UV matahari, keadaan persekitaran yang tercemar serta proses biologi tubuh, menyebabkan radikal bebas terbentuk yang merosakkan DNA kulit. Akibatnya, kulit menjadi kering dan terhidrasi, garis-garis halus dan kedutan muncul, serta wajah menjadi kusam dan tidak berseri.

Kini terdapat satu produk organik yang berkesan melindungi kulit dari semua kesan tersebut, malah khasiatnya untuk rambut dan kuku juga mengkagumkan. Tidak seperti produk lain di pasaran, Pure Oil Series 01 merupakan 100% minyak argan organik yang sejak beratus tahun dahulu lagi telah diguna pakai oleh golongan bangsawan Maghribi untuk kejelitaan tubuh dan mereka menggelarkannya ‘liquid gold of Morocco’.

Minyak argan mengandungi hampir tiga kali ganda Vitamin E berbanding minyak zaitun, essential fatty acids dan komponen-komponen istimewa lain seperti antioksida squalene dan spinasterol yang bertindak menambahbaik metabolisma kulit bagi menghalang proses penuaan pramatang.

Penggunaan minyak argan akan mengatasi masalah kulit kering, memudarkan dan menghilangkan kesan parut jerawat dan jeragat, mengembalikan sinar rambut serta menghilangkan kepingan kelemumur pada kulit kepala. Dalam masa seminggu, kulit menjadi semakin anjal, parut jerawat semakin pudar serta kedutan dan garis-garis halus berkurangan.

Menurut salah seorang pengguna dan kini pengedar Pure Oil Series 01, Puan Nora Hashim, masalah jeragat yang dialami terbukti berkurangan dalam masa sebulan sahaja. Katanya, “jeragat di wajah saya timbul setelah menggunakan satu produk kecantikan, dan saya berasa sangat risau. Kebetulan pada masa itu saya diperkenalkan dengan Pure Oil Series 01, jadi saya pun terus mencuba. Kurang dari sebulan, jeragat semakin berkurangan serta kulit makin tegang. Saya juga menggunakannya sebagai pelembap sebelum menggunakan alat solek.”

Paling menakjubkan apabila wajah kelihatan muda lebih sepuluh tahun seperti yang dialami sendiri oleh pengguna kami yang berusia 47 tahun. “Kak Ayu dah pakai Pure Oil Series 01 tu dah 4 hari, ramai yang cakap muka Kak Ayu macam orang umur 35 tahun.”

Minyak argan juga sangat efektif dalam membasmi masalah jerawat dan kulit berminyak. Apabila disapukan pada kulit, ianya akan menghalang kelenjar sebum dari merembeskan minyak secara berlebihan, mengembalikannya ke tahap optimum dan pada masa yang sama kandungan antibakteria minyak Argan akan menghapuskan bakteria yang terdapat di permukaan kulit.

Lebih penting dari itu, selain mencantikkan kulit, minyak Argan juga berfungsi merawat masalah kulit yang membebankan termasuklah eczema dan psoriasis. Simptom penyakit tersebut seperti kulit terlalu kering, kegatalan yang melampau serta kulit menjadi kemerah-merahan dan terlalu sensitif dapat dirawat dan dikawal.

Jelas sekali terdapat pelbagai khasiat minyak Argan yang tidak ternilai dan sehingga kini tiada tandingannya. Dengan harganya yang berpatutan, apatah lagi ianya dari sumber 100% organik tanpa bahan pengawet kimia berbahaya seperti paraben dan pewangi tiruan, tiada yang perlu diragukan kerana ianya sesuai untuk semua jenis kulit, termasuklah bayi dan kanak-kanak.

2010-2016 Minyak Argan Secretleaf dari awal sehingga wajah baru 2 minggu lagi tetapi khasiat dan kualitinya KEKAL SAMA.

 Whatsapp Nora 0183568306

 

Advertisements