Search

Nora Z Secretleaf

Cantik Sepanjang Usia 0183568306

TIPS RINGKAS CARA NAK TUKAR PRODUK MUKA (SKINCARE)

Baca Smpai Habis jika nak kulit sihat 😍😍😍😍😍

Nak tukar skincare pun kena ada cara yang betul tau. Tak boleh suka-suka main guna atau tukar terus je. Takut-takut nanti kesan gabungan atau reaksi antara produk lama yang dah sedia ada di wajah anda dengan produk baru boleh bertukar menjadi racun pulak. 😱😱😱😱

Follow langkah-langkah ni apabila anda nak tukar produk skincare:👇👇👇👇👇👇👇👇

BERHENTI daripada terus menggunakan produk skincare yang anda gunakan sekarang dalam tempoh 7-14 hari. Cuci muka menggunakan air suam atau gunakan hampas teh yang dah kita rendam untuk buat air tu.
Biarkan wajah kembali neutral selama sekurang-kurangnya 7 hari – untuk membiarkan wajah anda bebas daripada sebarang produk.
.
.
Penerimaan kulit kita berbeza-beza, tak nak nanti kulit kita terkejut dengan kedatangan produk baru. Sesetangah orang akan mengalami masalah jerawat, rashes (ruam), kulit kering atau kulit berminyak pada peringkat permulaan menggunakan produk skincare yang baru.
.No automatic alt text available.
.
Ini adalah disebabkan oleh kesan daripada merkuri atau bahan kimia yang terdapat dalam produk skincare yang pernah anda gunakan sebelum ini. Jangan bimbang kerana kesan ini bersifat sementara sahaja.
.
.
Jika produk yang anda gunakan sebelum ini adalah produk biasa (yang dibeli dari farmasi kecantikan / counter product / shelf product), tiada merkuri dan wajah anda tiada sebarang masalah, 1 hingga 2 hari sudah cukup untuk neutralkan semula kulit wajah anda – kemudian boleh terus bertukar kepada produk baru.
cara nak tukar produk muka
.
.
Hanya 26 saat yang diperlukan oleh bahan kimia daripada produk penjagaan diri untuk meresap masuk ke dalam salur darah kita.
BACA – bahaya merkuri & bahan kimia biasa yang digunakan dalam produk penjagaan diri kepada kesihatan.
.
.
.
Kalau dah ikut cara nak tukar produk muka ni dan berhenti guna daripada menggunakan produk skincare yang anda guna sekarang, lepas tu nak buat apa?. Nak tukar kepada produk apa? Ada ke pilihan produk yang selamat?
.
.
ADA
(untuk kulit jenis normal, jerawat, jeragat, kulit kusam berparut, kesan produk lama & kurang bermasalah)

FREE KONSULTASI…

Secretleaf Kukuh Jenama Di Pasaran

Secretleaf Kukuh Jenama Di Pasaran

Secretleaf

Amir Ramadzan di hadapan cawangan Secretleaf di Giant Kota Damansara, Selangor.

SYARIKAT Bumiputera, Secretleaf International Sdn Bhd dengan menggunakan jenama Secretleaf yang merupakan pengeluar produk natural dengan mematuhi formulasi natural Kesatuan Eropah menyasarkan jualan kesemua rangkaian produkn meningkat 20 peratus pada tahun ini berbanding tahun lalu.

Menurut Pengarah Urusannya, Amir Ramadzan Ibrahim berkata, penambahan jualan tersebut dipacu oleh 20 produk baharu Secretleaf menjelang akhir tahun ini seperti kosmetik, produk lelaki dan bayi.

“Jualan Secretleaf juga didorong peningkatan kesedaran pengguna sedia ada terhadap produk Secretleaf yang menggunakan bahan semula jadi dan bebas daripada sebarang bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan selain mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan,” katanya.

Amir Ramadzan berkata, Secretleaf juga akan terus fokus untuk mengukuhkan pasaran produk kecantikan dan penjagaan kesihatan dengan melaksanakan strategi berkesan untuk menawarkan rangkaian produk terbaik.

“Secretleaf merancang membuka 10 cawangan baharu di seluruh negara dan memperuntukkan sebanyak RM500,000. Setakat ini, kami ada tiga cawangan iaitu di Kota Damansara dan Ampang, Selangor serta di Kota Bharu, Kelantan.

“Secretleaf juga menyasarkan penambahan 50 stokis di seluruh negara untuk memudahkan pengguna dapatkan produk kami memandangkan ia mendapat permintaan tinggi. Setakat ini, Secretleaf diedarkan 20 stokis, 200 ejen dan boleh didapati di 300 farmasi di seluruh negara antaranya Alpro Pharmacy Malaysia dan Multicare Health Sdn Bhd,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Amir Ramadzan berkata, Secretleaf mempunyai tiga rangkaian produk iaitu berasaskan minyak argan, Bee Venom dan produk penggunaan khusus.

“Setakat ini, Secretleaf mempunyai 30 produk di bawah rangkaian minyak argan iaitu Pure Oil Series 01 Organic Oil, Pure Oil Series 02 Tea Tree Oil, Argan Age Reversal Day Cream, Arbutin Natural Lightening Cream serta Argan Oil Natural Conditioning Shampoo. Melalui rangkaian Bee Venom pula ialah Bee Venom Beauty Bar, Bee Venom CC Cream, Bee Venom Eternal Youth Moisturizer dan Bee Venom Water Drop Sleep Mask.

“Produk lain pula ialah Colorblock Translucent Loose Powder, Seven Wonders Hair Serum, Metalism dan Plant Defense Whitening Sunscreen. Harga produk Secretleaf adalah berpatutan iaitu serendah RM30 sehingga RM150,” katanya.

Formulasi kosmetik natural

Amir Ramadzan berkata, Secretleaf adalah yang pertama memperkenalkan minyak argan organik di Malaysia dan ia dikenali sebagai pengeluar produk berasaskan natural, selamat dan halal.

“Secretleaf berbeza berbanding produk lain di pasaran, malah ia dikeluarkan kilang kami sendiri yang terletak di Sungai Petani, Kedah dan Meru, Selangor.

“Secretleaf mementingkan kualiti, setiap produk akan melalui kajian daripada unit pembangunan dan penyelidikan kami sendiri,” katanya.

Tambahnya, Secretleaf juga diformulasi untuk disesuaikan dengan kulit, cara hidup dan cuaca di Malaysia dan dibuat mengikut garis panduan halal.

Amir Ramadzan berkata, Secretleaf mempelopori produk berasaskan minyak argan dalam pasaran Malaysia sejak tujuh tahun lalu, ia diimport dari Koperasi Wanita Manghribi, Morocco.

“Produk berasaskan minyak argan diformulasikan kepada 5 produk berbeza dan ia menyumbang 30 peratus kepada jualan syarikat. Produk berasaskan minyak argan asli yang mempunyai permintaan tinggi adalah Pure Oil Series 01 yang membantu melembapkan, menganjalkan, merawat parut dan mengurangkan garis halus pada wajah.

“Selain itu, Pure Oil Series 01 yang menggunakan bahan organik asli sesuai untuk semua jenis kulit, rambut dan kuku serta kesan regangan selepas bersalin. Pure Oil Series 01 didatangkan dalam saiz 15 dan 50 mililiter dan dijual pada harga RM63 dab RM128 sebotol,” katanya.

Tambahnya, terbaharu, Secretleaf mengeluarkan Argan Oil Natural Conditioning Shampoo yang dilihat mempunyai potensi khusus untuk membantu mereka yang mempunyai masalah rambut.

“Ia di formula khusus tanpa sulfat yang boleh merengsakan kulit di samping tidak memedihkan mata walaupun digunakan kanak-kanak.

“Apa yang penting setiap produk dipasarkan syarikat membantu pengguna. Syarikat fokus pengedaran dan pengeluaran produk kecantikan bersifat semula jadi menggunakan bahan-bahan organik,” katanya.

Amir Ramadzan berkata, Secretleaf yang dibuat berasaskan falsafah produk mewah mampu milik itu mampu terjual  30,000 sebulan walaupun menghadapi situasi ekonomi yang tidak menentu.

“Alhamdulillah, Secretleaf masih bertahan kerana mempunyai kuasa beli daripada pengguna daripada pelbagai bangsa. Saya optimis, permintaan Secretleaf akan meningkat berikutan kekuatannya yang menggunakan bahan-bahan yang berkualiti dan terbukti berkesan kepada pengguna,” katanya.

Sumber: Sinar Harian 24 April 2017

Kenapa Pilih Secretleaf?

 

 

Kenapa SECRETLEAF?
Ia wujud atas keperluan utk membangunkan product nature dan organik sebagai alternatif kpd product yg berasaskan chemical dan sintetic.

Ia different sbb ia mmg lain dr yg lain… nature, chemical free, mesra wudhuk, reasonable prize, effective cure, long lasting, safe, terjamin halal, sesuai kulit Asia, R&D & kilang sndri, sumber material halal, etc

Apa yang sebenarnya mengenai produk kosmetik yang anda patut tahu !!!
Produk kosmetik lulus KKM?
Yang sebenarnya lulus itu bukan bermakna Agensi Pengawalan Phamaceutikal Kebangsaan menguji produk berkenaan sebelum mengeluarkan nombor NOT.

Produk kosmetik TIDAK MEMERLUKAN ujian makmal untuk mendapat nombor NOT, mengikut undang-undang negara ini.

No NOT hanya bermaksud pemakluman kepada kerajaan bahawa syarikat A yg menjual produk A di dalam pasaran.

Ianya hanya dengan mengisi borang online dan no NOT boleh didapati dalam 3 HARI bekerja.

BAGAIMANA SESUATU PRODUK DIKETAHUI ADA BAHAN TERLARANG?
Apabila memasuki pasaran, pihak berwajib ada membuat ujian rambang dan juga menerima komplern dari pengguna yang memerlukan penyiasatan.

Dari situ, produk diambil dan diuji di makmal pihak berwajib sebelum diumumkan pembatalan NOT apabila terbukti.

 

KENAPA PRODUK BERKENAAN MUNCUL BALIK?
Pembatalan NOT dibuat berdasarkan nama produk, bukan berdasarkan syarikat pemasar atau kilang.

Jika KRIM SUPER A yg dibatalkan oleh syarikat A, mengikut undang2 negara, syarikat A boleh memohon NOT utk KRIM SUPER B , dan 3 hari akan ada NOT baru. Nampak tak perbezaannya?

Bagaimana Pelindungan Pengguna?
Menurut pemahaman kami, pihak berwajib dalam usaha meningkatkan kelayakan kelulusan NOT ini. Di China, kelulusan produk kosmetik memerlukan ujian makmal dari makmal yg diiktiraf oleh kerajaan China sebelum mendapat kelulusan.

Sementara itu, bagi kami, pengguna harus membeli dari syarikat yang jujur, telus dan saksama.

Kenapa produk sedemikian (menggunakan bahan terlarang) mendapat sambutan?
Kerana penggunaan bahan terlarang akan membuatkan kulit anda nampak cantik (sementara) jika tubuh anda boleh menerimanya. Tetapi walaubagaimana sekalipun, sampai satu masa, anda terpaksa berhenti dan menerima hakikat, wajah anda telah rosak.

Natural dan Organik?
Ingin diingatkan kepada pengguna, TIDAK ADA undang-undang yang menyatakan jika anda ingin menggunakan perkataan Natural atau Organik pada produk, anda perlu melalui syarat-syarat tertentu.

Jangan mudah percaya kpd label di produk kerana sesiapa sahaja boleh meletakkan label natural atau organik kerana ia tidak menjadi kesalahan undang-undang di negara ini.

Menurut piawai industri, antara syaratnya ianya 96% bahan mestilah natural utk menggunalan label natural dan tidak boleh menggunakan bahan tertentu termasuk paraben.

Justeru, anda melihat produk yg menggunakan label natural tetapi di dalam kandungan ada paraben – kerana itu bukan kesalahan undang2 buat masa sekarang.

Jadilah pengguna yang bijak dan berilmu

Argan Oil Secretleaf 2010-2016

Original artikel untuk harian Metro 2011 mengenai minyak Argan Secretleaf. Minyak Argan Secretleaf adalah 100% asli (tanpa campuran), hanya menggunakan certified organic, cold pressed dan halal.

Gambar versi asal 2010 Pure Oil Series 01 Argan Oil dan versi akan datang.

Produk Organik Semua-dalam- satu Untuk Kejelitaan Diri Menyeluruh

Tanpa kita sedari, proses pra-penuaan telah bermula seawal umur 20-an lagi akibat pendedahan terhadap pancaran UV matahari, keadaan persekitaran yang tercemar serta proses biologi tubuh, menyebabkan radikal bebas terbentuk yang merosakkan DNA kulit. Akibatnya, kulit menjadi kering dan terhidrasi, garis-garis halus dan kedutan muncul, serta wajah menjadi kusam dan tidak berseri.

Kini terdapat satu produk organik yang berkesan melindungi kulit dari semua kesan tersebut, malah khasiatnya untuk rambut dan kuku juga mengkagumkan. Tidak seperti produk lain di pasaran, Pure Oil Series 01 merupakan 100% minyak argan organik yang sejak beratus tahun dahulu lagi telah diguna pakai oleh golongan bangsawan Maghribi untuk kejelitaan tubuh dan mereka menggelarkannya ‘liquid gold of Morocco’.

Minyak argan mengandungi hampir tiga kali ganda Vitamin E berbanding minyak zaitun, essential fatty acids dan komponen-komponen istimewa lain seperti antioksida squalene dan spinasterol yang bertindak menambahbaik metabolisma kulit bagi menghalang proses penuaan pramatang.

Penggunaan minyak argan akan mengatasi masalah kulit kering, memudarkan dan menghilangkan kesan parut jerawat dan jeragat, mengembalikan sinar rambut serta menghilangkan kepingan kelemumur pada kulit kepala. Dalam masa seminggu, kulit menjadi semakin anjal, parut jerawat semakin pudar serta kedutan dan garis-garis halus berkurangan.

Menurut salah seorang pengguna dan kini pengedar Pure Oil Series 01, Puan Nora Hashim, masalah jeragat yang dialami terbukti berkurangan dalam masa sebulan sahaja. Katanya, “jeragat di wajah saya timbul setelah menggunakan satu produk kecantikan, dan saya berasa sangat risau. Kebetulan pada masa itu saya diperkenalkan dengan Pure Oil Series 01, jadi saya pun terus mencuba. Kurang dari sebulan, jeragat semakin berkurangan serta kulit makin tegang. Saya juga menggunakannya sebagai pelembap sebelum menggunakan alat solek.”

Paling menakjubkan apabila wajah kelihatan muda lebih sepuluh tahun seperti yang dialami sendiri oleh pengguna kami yang berusia 47 tahun. “Kak Ayu dah pakai Pure Oil Series 01 tu dah 4 hari, ramai yang cakap muka Kak Ayu macam orang umur 35 tahun.”

Minyak argan juga sangat efektif dalam membasmi masalah jerawat dan kulit berminyak. Apabila disapukan pada kulit, ianya akan menghalang kelenjar sebum dari merembeskan minyak secara berlebihan, mengembalikannya ke tahap optimum dan pada masa yang sama kandungan antibakteria minyak Argan akan menghapuskan bakteria yang terdapat di permukaan kulit.

Lebih penting dari itu, selain mencantikkan kulit, minyak Argan juga berfungsi merawat masalah kulit yang membebankan termasuklah eczema dan psoriasis. Simptom penyakit tersebut seperti kulit terlalu kering, kegatalan yang melampau serta kulit menjadi kemerah-merahan dan terlalu sensitif dapat dirawat dan dikawal.

Jelas sekali terdapat pelbagai khasiat minyak Argan yang tidak ternilai dan sehingga kini tiada tandingannya. Dengan harganya yang berpatutan, apatah lagi ianya dari sumber 100% organik tanpa bahan pengawet kimia berbahaya seperti paraben dan pewangi tiruan, tiada yang perlu diragukan kerana ianya sesuai untuk semua jenis kulit, termasuklah bayi dan kanak-kanak.

2010-2016 Minyak Argan Secretleaf dari awal sehingga wajah baru 2 minggu lagi tetapi khasiat dan kualitinya KEKAL SAMA.

 Whatsapp Nora 0183568306

 

Age Reversal Day Cream

day-cream-newscutting

Argan Age-Reversal Day Cream with patented Orange Stem Cells – first in Malaysia to utilize this amazing Spanish stem cell technology.

Its benefits? Dramatically Reverse 9 Signs of Aging including pigmentation, dry & dull skin, wrinkles & expression lines and uneven skin tone.

What can you expect? Tightening effect in 15 minutes, healthier and younger-looking skin in 28days! formulated with 75% natural & organic ingredients, no paraben, no petroleum, no silicone, no hydroquinone, no mercury.

#antiaging #stemcell #orange #skincare #naturalcosmetics #malaysia #beauty

Secretleaf Nano Collagen

No automatic alt text available.

KOLAGEN? Perkara yang anda perlu tahu mengenai kolagen sebelum anda membelinya.

1. Kolagen menggemukkan? Tidak ada fakta saintifik yang menunjukkan kolagen boleh menggemukkan bahkan ia digunakan dalam banyak produk pengawalan berat dan nutrisi sukan.

2. Pengeluaran kolagen secara semulajadi oleh tubuh akan berkurangan mulai awal 30 an dan semakin merosot apabila menopos (itulah yang menyebabkan kita semua nampak kedutan, sakit sendi dan sebagainya)

3. Kolagen walaupun diimport dari Jepun, Perancis atau negara lain biasanya bersumber dari ikan talapia atau ikan air tawar lain, selain dari sumber yang tidak halal.

4. Kebekesanan kolagen dipengaruhi oleh kadar penyerapannya ke dalam sistem tubuh. Kolagen gred murah mungkin menyebabkan sebahagian besarnya dibuang di tempat buangan (tidak menyerap ke dalam tubuh).

5. Jika anda membeli produk kolagen, belum pasti ianya memenuhi sukatan yang dicadangkan dalam setiap hidangan yang cukup untuk keperluan anda (anda perlu membayar untuk perasa, pemanis dan sebagainya di dalam produk berkenaan).

Semua di atas anda tidak perlu risau jika anda menggunakan Secretleaf AlamiSc Nano Kolagen Peptide dengat berat molekul maksimum 5000 dalton (dalam masa 20 minit, kolagen ini akan diserap ke dalam tubuh anda).

Secretleaf Nano Collagen merupakan 100% serbuk peptida kolagen tulen (fish collagen) dari sumber ikan, yang bersaiz kecil dan lebih mudah diserap oleh tubuh untuk membantu keanjalan kulit, kecantikan wajah dan awet muda, mengurangkan kesakitan sendi dan kaki lenguh serta menjadi sumber tenaga segera ketika bersenam.

Kandungan kolagen setinggi lebih 90%, tanpa lemak dan tanpa gula ini bertindak membekalkan tubuh dengan keperluan kolagen harian yang amat penting untuk kesihatan sendi dan kecantikan kulit.

Secretleaf Nano Collagen boleh membantu:

menganjal dan menegangkan kulit wajah
mengurangkan kedutan dan garis halus
melambatkan tanda-tanda penuaan
memperbaiki struktur kulit yang bermasalah
melancarkan pergerakan sendi dan otot
mengurangkan kesakitan dalam pergerakan seharian
menguatkan tulang belakang dan ligamen otot
memberi tenaga tambahan ketika bersukan dan bersenam

Cara Penggunaan:

Untuk kecantikan kulit, ambil 5 gram kolagen setiap pagi (3/4 scoop), atau 2 kali sehari (15 gram) untuk mengurangkan masalah sendi.

Nano Collagen boleh dimakan begitu sahaja atau dibancuh ke dalam minuman/jus. Tidak sesuai untuk dimakan jika alergi terhadap ikan talapia.

Kolagen ini dibekalkan oleh syarikat German dari sumber di Brazli dengan sijil Halal Amerika Latin yang diiktiraf MUI.

Gunakan sebekas sekarang (150 gram) RM90 dan rasai perbezaannya.

Whatsapp Nora 0183568306

 

Bee Liv Bee Venom Water Drop Sleep Mask

BEE VENOM WATER DROP SLEEP MASK..GEL LEMBUT MEWAH YANG BERTUKAR MENJADI TITISAN AIR YANG MENYEGARKAN APABILA DISAPU PADA KULIT..

# memberikan kesan kelembapan dan kehalusan wajah berpanjangan sehingga 72jam

# membantu penstrukturan semulajadi kulut yang kusam dan tidak bermaya secara mendalam agar kulit lebih lembut..halus dan anjal remaja..

# mengurangkan jeragat..bintik hitam dan pigmentasi

# mencerahkan tona kulit..memudarkan parut

Bee Liv Bee Venom Sleep Mask RM89
Bee Liv Bee Venom Sleep Mask RM89

Bee Venom bertindak sebagai BOTOX SEMULAJADI yang mampu
* menegangkan kulit wajah
* mengurangkan kedutan
* mengurangkan garis halus dan tanda-tanda kulit berusia..

Pengacara TV Al Hijrah Farahanim Razak dan Irma Hasmie turut menggunakan produk Secretleaf

WHATSAPP NORA 0183568306

 

Secretleaf Kombo 3

Terbaik utk jeragat. Tanpa kesan sampingan apabila berhenti pemakaian. RM148 utk kegunaan sebulan ke 2 bulan.

Biasa dengar kawan berhenti guna sesuatu produk, kemudian muka menjadi teruk?

Ini tidak akan terjadi dengan produk Secretleaf. Dipilih menggunakan hanya bahan yg berkesan dan selamat, wajah anda kekal cantik dgn penjagaan yg teratur.

Setiap pagi anda gunakan Beeliv BEE Venom Beauty Bar diikuti dengan peptide serum di kawasan tompokan sahaja. Malam, sapukan krim arbutin selepas serum.

Anda boleh gunakan arbutin di sebelah siang jika tompokan jeragat sangat ketara.

Atau gunakan BeeLiv Bee venom moisturiser pada waktu siang dan plant defense whitening sunscreen (step terakhir), jika mempunyai bajet tambahan.

Jika tidak, gantikan arbutin dan serum dengan moisturiser dan sunscreen apabila jeragat anda telah hilang atau sangat tidak ketara.

Kombo ini adalah PERMULAAN kos paling rendah dan lebih cepat untuk jeragat.

Whatsapp Nora 0183568306

P/S

produk di dalam kombo ini boleh dibeli berasingan tapi kosnya akan menjadi hampir RM180.

Sunscreen tu sebenarnya wajib. Elok dipakai sekali sbb jeragat biasanya disebabkan oleh UV.

TESTIMONI PENGGUNA KOMBO 3

Whatsapp Nora 0183568306

Pembelian secara bank in (Pos percuma untuk pembelian melebihi RM100 )

POSLAJU RM7.30 MALAYSIA

POSLAJU RM11.55 SABAH/SARAWAK

 

No automatic alt text available.

Blog at WordPress.com.

Up ↑